KAT SINI ADA LA BEBERAPA CITER YG AGAK KELAKAR YG KITER NAK KONGSI NGAN KORANG...
1.Tertidur Dalam Kereta
Saodah tertidur seketika ketika berada di dalam kereta yang dipandu oleh kekasihnya lalu bermimpi.
Dia bermimpi yang mereka berdua sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang Anak. Mereka hidup aman bahagia sehinggalah Saodah mengetahui yg suaminya itu bermain kayu 3 dan mempunyai perempuan simpanan. Bereka bertengkar...
Saodah : Ooo dulu bukan main janji Sehidup semati.
Suami dia : Ala, jgn la marah Dah.
Tiba-tiba Saodah Mengigau lalu menjerit
"HANTAR SAYA BALIK RUMAH MAK BAPAK SAYA!!!!"
Dengan selamba, kekasihnya yg masih memandu tadi berkata
"Ye la, kan tiap-tiap hari saya fetch awak balik opis, nak hantar kemana lagi kalau bukan rumah mak bapak awak?"
ZALFIRA>>ish..ish..ish...
2.Kunci Kereta
Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,
“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”
“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai gunakan
penyangkut baju.”
Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”
“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”
“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!”
ZALFIRA>>sungguh bijak mereka ini...
3. Suami Yang Agak Sengal (Pang!!!)
Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar…..tiba-tiba dtg si isteri membawa tudung periuk….PANG!!….diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga-pinga…..bertanya…..
“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??”….si isteri pun menjawab….”nah! awak tengok nih….” sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. “ooo….itu nama kuda yg saya bertaruh
semalam…..namanya Mary…..”
si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur…..
Selang seminggu berlaku indiden ketuk mengetuk… ketika itu si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!…. kali ini dengan lebih kuat lagi!….
si suami pun bertanya…. “aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???” dengan selamba si isteri menjawab….”kuda awak telefon!!”…..
ZALFIRA>>xder alasan lain ker bang...